sparkling cursor

Tuesday, September 11, 2018

CHAPTER 14: PENYUNTINGAN GAMBAR



Penyuntingan Gambar Menggunakan GIMP

Perisian GIMP merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License(GPL). Perisian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai sistem operasi seperti Window, Linux, Apple dan Fedora. Perisian ini mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian percuma atau perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan sepwrti mengubah suai foto, memanipulasi imej, dan membentuk imej. Hasil akhir boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail.

Memulakan perisian GIMP

Perisian ini boleh dimulakan dengan klik pada butang Start > All Programs > GIMP
     1.       Main Toolbox
Sekiranya hendak menambah item peralatan, klik pada Edit > Preferences > Toolbox dan buat pilihan item yang hendak digunakan.
     2.       Tool Options
     3.       Image Window
     4.       Layer, Channels, Paths
Menunjukkan struktur layer bagi sesuatu imej yang sedang aktif dan membenarkan imej tersebut dimanipulasi oleh pelbagai teknik.
     5.       Brushes, Patterns, Gradients

Fungsi Setiap Ikon Toolbox





Asas Penyuntingan Imej

    1.       Klik pada menu File > Open untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan.
    2.       Tetingkap “Open Imej” akan dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik Open
    3.       Gambar dipilih akan dipaparkan
    4.       Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.
    5.       Setelah selesai, tekan Enter pada papan kekunci.
    6.       Klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin imej yang telah dililih.
    7.       Klik pada menu File > New. Pilih ikon bentuk landscape supaya imej yang hendak disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian, klik OK.
    8.       Sebelum anda menampal imej yang disalin, pastikan anda telah menambah layer baharu. Kemudian klik pada menu Edit > Paste.
    9.       Pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz imej ikut kesesuaian. Kemudian tekan butang Scale.
   10.   Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool yang ada dalam Toolbox.
   11.   Setelah selesai, klik pada menu File > Save As > letakkan nama fail tersebut dalam format .xcf

Contohnya, Haiwan.xcf. Format .xcf membolehkan imej tersebut boleh diedit dan disunting semula.

Memasukkan latar belakang

Teknik yang boleh digunakan untuk meletakkan latar belakang ialah menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill.
1.       Buka semula fail Haiwan.xcf dengan klik pada menu File > Open dan pilih fail Haiwan.xcf > Open.
2.       Sebelum memasukkan latar belakang menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill, pastikan layer background dipilih terlebih dahulu.
3.       Pilih Bucket Fill Tool dalam Toolbox. Pastikan klik FG color Fill pada bahagian Fill Type. Kemudian, klik Foreground & Background Color dalam Toolbox, tetingkap untuk memilih warna akan dipaparkan. Pilih warna yang dikehendaki dengan menggerakkan penanda warna dan klik OK.
4.       Tuangkan warna yang telah dipilih dengan cara klik ke atas latar belakang pada tetingkap imej.
5.       Sekiranya hendak menggunakan teknik Gradient Fill, pilih Blend Tool dalam Toolbox . Kemudian pada Gradient Option, pilih jenis gradient yang dikehendaki.
6.       Dengan menggunakan tetikus tarik Ddari penjuru kanan ke bawah untuk mengaplikasikan latar belakang gradient.
7.       Setelah selesai, simpan fail tersebut.

Penggunaan Teknik Filter

     1.       Klik pada layer yang hendak dimasukkan kesan khas.
     2.       Klik kanan pada imej, pilih Filter > Artistic > Cartoon. Kotak dialog bagi kesan khas Cartoon akan dipaparkan. Penanda pada Mask radius dan Percent black boleh diubah mengikut kesesuaian. Kemudian klik butang OK untuk mengaplikasikan kesan khas tersebut.
     3.       Hasil keseluruhan dipaparkan.
     4.       Setelah selesai, simpan fail tersebut.

Monday, September 10, 2018

CHAPTER 13: BLOG





DEFINISI BLOG

Blog ialah singkatan untuk weblog, merupakan suatu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat dalam jaringan internet. Catatan yang dibuat adalah sentiasa dikemas kini dan bahan-bahan yang dimasukkan adalah untuk tatapan umum. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan,politik,berita tempatan dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks,imej dan pautan ke dalam blog,laman web dan media lain yang berkaotan topik. Individu yang melaksanakan tugas mengemas kini blog dikenali sebagai blogger manakal kegiatan atau aktiviti membuat dan mengemas kini blog disebut blogging.

KEPENTINGAN BLOG

  •       Bertukar maklumat tentang sesuatu perkara dan mendapat maklum balas daripada pembaca blog
  •      Salah satu sumber rujukan untuk mengetahui berita-berita secara rasmi atau sebaliknya.
  •         Medan mempromosikan produk-produk dan memperkenalkan diri

FAEDAH PENGHASILAN BLOG

  •          Tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila masa
  •       Memupuk budaya berfikir dan membaca serta pencernaan minda yang lebih meluas.
  •          Seseorang blogawan dapat mempelajari teknik menulis yang lebih baik dari masa ke masa.
  •          Menajamkan lagi teknik penulisan dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif.

CIRI-CIRI SESEBUAH BLOG

  • .       Tidak mengklasifikasikan helaian halaman melalui sistem indeks muka surat.
  • .       Menggunakan sistem penyusunan kesemua catatan lama melalui kaedah susunan mengikut tarikh,bulan dan tahun serta kaedah pelabelan.
  • .       Setaip catatan mempunyai ciri-ciri tarikh dan masa catatan yang dikirim,ruangan ulasan,tajuk blog dan label setiap catatan.
  • .       Catatan terkini akan diletakkan sebelum catatan terdahulu.

CONTOH PENGGUNAAN BLOG

     1.       Online diary/ personal blog
     2.       Political blog
     3.       Travel blog
     4.       Fashion blog
     5.       Music blog
     6.       Education blog

MENGHASILKAN BLOG SENDIRI

  • Penciptaan Blog Menggunakan Google Blogger
  • Google blogger boleh dilayari melalui dua URL iaitu:

         i.            http://www.blogger.com
       ii.            http://www.blogspot.com

  • Langkah menghasilkan blog secara mudah dan cepat ialah,

     1.       Menghasilkan akaun Blogger(akaun google)
     2.       Menamakan blog
     3.       Memilih templat yang sesuai untuk blog

     A.      Langkah-langkah penciptaan blog
1.       Membukak laman web Google Blogger
2.       Untuk mencipta blog, sila klik pada butang ‘Get Started’.
3.       Pengguna yang telah mempunyai akaun google, untuk pendaftaran blog dipendekkan iaitu hanya perlu sign in ke akaun google. Manakala bagi yang tidak mempunyai sebarang akaun dari perkhidmatan google perlu membuat akaun google terlebih dahulu. Antara maklumat yang diperlukan ialah:
                                                         i.            Email address
                                                       ii.            Retype email address
                                                      iii.            Create password
                                                     iv.            Retype password
                                                       v.            Display name
                                                     vi.            Gender
                                                    vii.            Birthday
                                                  viii.            Word verification
                                                     ix.            Acceptance on terms
4.       Setelah semua maklumat diisi, klik pada butang ‘teruskan’.
5.       Muka untuk memberikan nama kepada blog dipaparkan.
a.       Tajuk blog (blog title)
b.      Alamat blog (URL) (Blog address(URL))
c.       Pengesahan perkataan (Word verification)
6.       Klik butang ‘teruskan’.
7.       Muka untuk memilih templat yang sesuai untuk blog yang dihasilkan dipaparkan.
8.       Anda boleh memilih mengikut cita rasa. Kemudian, klik ‘teruskan’.
9.       Muka blog anda telah dibuat menandakan blog anda telah berjaya dihasilkan.

     B.      Memulakan catatan baharu atau bahagian catatan
(untuk memulakan catatan baharu, klik catatan baharu ( New Post)

1.       Tajuk
2.       Senarai alatan mudah guna (Option tools)
3.       Medan catatan
4.       Label
5.       Edit HTML
6.       Klik butang ‘terbitkan catatan’ ( publish post )
7.       Klik butang ‘simpan sekarang’ ( save now )

    C.      Bahagian Ulasan
Bahagian ini memberikan maaklumat tentang bahagian komen/ulasan yang dimasukkan oleh pembaca blog.

    D      Bahagian Tetapan
                                 i.            Asas
                               ii.            Penerbitan
                              iii.            Memformat
                             iv.            Ulasan
                               v.            Mengarkib
                             vi.            Suapan tapak (feed)
                            vii.            E-mel dan mudah alih
                          viii.            OpenID
                             ix.            Kebenaran

    E.       Bahagian Reka Bentuk
                                 i.            Elemen laman (Page elements)
                               ii.            Edit HTML
                              iii.            Pereka bentuk templat (Templat design)
                             iv.            Ruangan statistik

CHAPTER 12: MICROSOFT POWERPOINT




PENGENALAN

Microsoft Powerpoint adalah perisian persembahan yang disediakan dalam pakej Microsoft Office Perisian ini menyediakan ruang untuk pembinaan persembahan elektronik yang terdiri dari beberapa slaid. Persembahan elektronik biasanya digunakan untuk tujuan pembentangan seperti pembentangan seminar, pembentangan produk, pembentangan kuliah oleh pensyarah dan sebagainya.

TEKNIK-TEKNIK ASAS DALAM POWERPOINT

Membuka Perisian Powerpoint

     A.      Memulakan Perisian Powerpoint
1.       Klik ikon Start
2.       Klik All PROGRAM
3.       Klik Microsoft Office
4.       Klik Powerpoint

     B.      Memilih Reka bentuk Slaid
1.       Klik Design pada menu bar
2.       Klik Slide Design yang menjadi pilihan anda.

     C.      Memasukkan Teks (Tajuk Persembahan)
1.       Klik pada perkataan Click to Add Title
2.       Taipkan “Pulau-Pulau Pelancongan di Malaysia”. Tukar saiz dan warna mengikut cita rasa anda.
3.       Klik kotak Click to Add Subtitle dan klik ikon Cut untuk memadam kotak tersebut.

     D.      Menyimpan Fail Persembahan
1.       Klik pada menu File
2.       Pilih Save
3.       Taipkan nama “Pulau-pulau pelancongan” tekan Save.

     E.       Membina Slaid Baru
1.       Klik pada menu Home
2.       Klik pada ikon New Slide
3.       Pada ikon New Slide , beberapa pilihan slide layout akan dipaparkan.
4.       Klik pada slide layout jenis Title and Content.
5.       Satu slaid baharu akan dipaparkan.

Memasukkan Grafik

A.      Kaedah Memasukkan Grafik
1.       Klik menu Insert
2.       Bawa kursor ke Picture dan klik From File.
3.       Pilih gambar sesuai dari Folder Powerpoint atau internet dan tekan Open.
4.       Anda juga boleh memilih gaya persembahan gambar pada picture style.

     B.      Memasukkan Teks di bawah Grafik
1.       Klik Insert
2.       Klik Text Box.
3.       Bawakan kursor ke bawah gambar. Klik pada bahagian kanan tetikus dan heretkan sehingga membentuk satu kotak untuk menaip teks.
4.       Taipkan perkataan “Pulau yang cantik” dan tekan Enter.

Membina Animasi bagi Teks dan Grafik

1.       Klik menu Animations
2.       Hitamkan (highlight) teks “Pulau-Pulau Pelancongan di Malaysia”.
3.       Klik Add Animation dan pilih bentuk animasi yang dikehendaki. Sebgai contoh pilih bahagian Entrance dan klik fly in.

Memasukkan Elemen Bunyi ke dalam Persembahan

      A.      Kaedah Memasukkan Elemen Bunyi
(Aktifkan slaid pertama)

1.       Klik menu Insert.
2.       Pilih ikon Sound pada bahagian media.
3.       Ada tiga pilihan iaitu ‘audio from file’,’clip art audio’ dan  record audio’.
4.       Pilih audio from file dan pilih fail bunyi yang anda kehendaki dan klik butang Insert.

      B.      Mengedit Elemen Bunyi
1.       Klik simbol mikrofon
2.       Klik bahagian Audio tools dan pilih Playback.
3.       Pada bahagian Playback terdapat pilihan untuk bunyi dan bunyi akan dimainkan secara automatik.
4.       Pada kotak Start pilih automatically untuk bunyi dan bunyi akan dimainkan secara automatik.
5.       Klik kotak Loop until Stopped
6.       Klik kotak Hide during Show

Mempersembahkan Slaid

     1.       Klik menu Slide Show.
     2.       Klik From Beginning untuk melihat keseluruhan hasil

Membina jadual

     1.       Klik perkataan Click To Add Title.
     2.       Taipkan Statistik Kedatangan Pelancong ke Pulau Langkawi.
     3.       Dwi klik pada ikon Table dan masukkan bilangan lajur dan baris.
     4.       Isikan data
     5.       Ubahsuai saiz dan kedudukan fon mengikut kesesuaian dan kreativiti serta tambahkan teks di bawah jadual berkenaan untuk menyatakan sumber data yang diperolehi.

Membina Carta

     1.       Klik perkataan Click To Add Title.
     2.       Taipkan Statistik Kedatangan Pelancong ke Pulau Langkawi.
     3.       Dwi klik pada ikon Chart.
     4.       Klik menu Chart.
     5.       Klik jenis carta Line dan pilih Line with Marker.
     6.       Klik butang OK.
     7.       Isikan data ke dalam Datasheet yang disediakan.

Mencipta Butang Navigasi

     1.       Klik menu Insert.
     2.       Klik Shapes.
     3.       Cari menu Action Settings, pilih Hyperlink to: Next Slide.
     4.       Klik OK.

Membina Soalan

     1.       Sediakan satu slaid untuk soalan dengan menggunakan susun atur Title and Content yang dipilih dari Slide Layout. Slaid ini dikenali sebagai slaid soalan 1.
     2.       Sediakan satu slaid untuk jawapan yang salah menggunakan susun atur Title only pula. Susun atur slaid ini boleh ditukar-tukar pada bila-bila masa dengan hanya mengklik Layout dalam menu Home. Slaid kedua yang anda bina ini akan dikenali sebagai slaid Jawapan Betul.
     3.       Seterusnya, anda perlu memasukkan soalan latih tubi berkenaan. Contohnya:

Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara.

Berikut adalah pilihan jawapan yang diberi,
A. Betul
B. Salah

       Memasukkan Teks Soalan

1.       Klik Click to Add Title.
2.       Taipkan “SOALAN 1”
3.       Klik Click to Add Text.
4.       Taipkan soalan berikut:

Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara.

5.       Taipkan teks pilihan jawapan berikut,
A.      Betul
B.      Salah

          Memasukkan Teks Jawapan yang Betul

1.       Klik Click to Add Title.
2.       Taipkan Jawapan Anda Betul!
3.       Buat sedikit ubah suai dengan mengklik kotak yang mengandungi perkataan berkenaan dan heretkan ke bahagian bawah skrin.

          Membina Pautan Hiper (Hyperlink) untuk Kembali Semula ke Slaid Soalan

1.       Klik pada ikon Rectangle dan bina satu kotak menutupi keseluruhan skrin slaid ini.
2.       Klik menu Insert
3.       Klik Hyperlink.
                                                         i.            Klik ikon di sebelah kiri Place in This Document.
                                                       ii.            Klik pada slaid Soalan 1
                                                      iii.            Klik OK

           Membina Pautan Hiper (Hyperlink) untuk Jawapan yang Betul

1.       Pilih jawapan yang betul dan hitamkan (highlight)
A.      Betul
2.       Klik pada menu Insert
3.       Klik Hyperlink
i.                     Klik ikon di sebelah kiri Place in This Document.
ii.                   Klik pada slaid Jawapan Betul.
iii.                  Klik OK

I.        Memasukkan Teks Jawapan yang Salah

1.       Klik Click to Add Title
2.       Taipkan Jawapan Anda Salah!
3.       Klik pada kotak perkataan berkenaan dan heretkan ke bahagian bawah di sebelah kiri skrin.

J        Membina Hyperlink untuk Kembali Semula ke Slaid Soalan

1.       Klik pada ikon Rectangle dan bina satu kotak menutupi keseluruhan skrin slaid.
2.       Klik pada menu Insert
3.       Klik Hyperlink
i.                     Klik ikon di sebelah kiri Place in This Document.
ii.                   Klik pada slaid Jawapan Betul.
iii.                  Klik OK

         Membina Hyperlink untuk Jawapan yang Salah

                   1.       Pilih jawapan yang salah untuk soalan berkenaan dan hitamkan (highlight)
Contoh:
B.      Salah
    1. Klik pada menu Insert
    2. Klik Hyperlink
i.                     Klik ikon di sebelah kiri Place in This Document.
ii.                   Klik pada slaid Jawapan Betul.
iii.                  Klik OK

Membina Laman Web

     1)      Simpan fail persembahan anda dengan menggunakan nama fail Pulau.pptx
     2)      Tekan butang ALT dan butang F11 serentak (Microsoft Visual Basic (VBA) dipaparkan)
     3)      Tekan butang CTRL dan butang huruf G serentak. (membuka tetingkap Immediate di bahagian bawah skrin VBA)
     4)      Taipkan kod berikut dalam satu baris:
ActivePresentation.SaveAs”C:\MyPages\Pulau.htm”,ppSaveAsHTML,msoFalse       
     5)      Tekan butang Enter
     6)      Untuk melihat hasil laman web yang siap dibina, buka direktori C dan klik fail bernama MyPages.
     7)      Klik fail Pulau.htm di dalam folder tersebut.





CHAPTER 14: PENYUNTINGAN GAMBAR

Penyuntingan Gambar Menggunakan GIMP Perisian GIMP merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melal...