Penyuntingan Gambar Menggunakan GIMP
Perisian GIMP merupakan salah satu perisian sumber terbuka
yang diberikan secara percuma melalui General Public License(GPL). Perisian ini
boleh dilaksanakan dalam pelbagai sistem operasi seperti Window, Linux, Apple
dan Fedora. Perisian ini mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan
perisian percuma atau perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan
sesuatu tugasan sepwrti mengubah suai foto, memanipulasi imej, dan membentuk
imej. Hasil akhir boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail.
Memulakan perisian GIMP
Perisian ini boleh dimulakan dengan klik pada butang Start > All Programs > GIMP
1.
Main Toolbox
Sekiranya hendak menambah item peralatan,
klik pada Edit > Preferences >
Toolbox dan buat pilihan item yang hendak digunakan.
2.
Tool Options
3.
Image Window
4.
Layer, Channels, Paths
Menunjukkan struktur layer bagi sesuatu
imej yang sedang aktif dan membenarkan imej tersebut dimanipulasi oleh pelbagai
teknik.
5.
Brushes, Patterns, Gradients
Fungsi Setiap Ikon Toolbox
Asas Penyuntingan Imej
1.
Klik pada menu File > Open untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan.
2.
Tetingkap “Open Imej” akan dipaparkan dan anda
boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik Open
3.
Gambar dipilih akan dipaparkan
4.
Pilih Scissors
Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan
feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak
digunting secara berterusan.
5.
Setelah selesai, tekan Enter pada papan kekunci.
6.
Klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin imej yang telah dililih.
7.
Klik pada menu File > New. Pilih ikon bentuk landscape supaya imej yang hendak
disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian, klik OK.
8.
Sebelum anda menampal imej yang disalin,
pastikan anda telah menambah layer baharu. Kemudian klik pada menu Edit > Paste.
9.
Pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz imej
ikut kesesuaian. Kemudian tekan butang Scale.
10.
Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move
Tool yang ada dalam Toolbox.
11.
Setelah selesai, klik pada menu File > Save As > letakkan nama fail
tersebut dalam format .xcf
Contohnya, Haiwan.xcf. Format .xcf membolehkan
imej tersebut boleh diedit dan disunting semula.
Memasukkan latar belakang
Teknik yang boleh digunakan untuk meletakkan latar belakang
ialah menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill.
1.
Buka semula fail Haiwan.xcf dengan klik pada
menu File > Open dan pilih fail Haiwan.xcf > Open.
2.
Sebelum memasukkan latar belakang menggunakan
Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill, pastikan layer background
dipilih terlebih dahulu.
3.
Pilih Bucket Fill Tool dalam Toolbox. Pastikan klik
FG color Fill pada bahagian Fill
Type. Kemudian, klik Foreground &
Background Color dalam Toolbox, tetingkap untuk memilih warna akan
dipaparkan. Pilih warna yang dikehendaki dengan menggerakkan penanda warna dan
klik OK.
4.
Tuangkan warna yang telah dipilih dengan cara
klik ke atas latar belakang pada tetingkap imej.
5.
Sekiranya hendak menggunakan teknik Gradient
Fill, pilih Blend Tool dalam Toolbox . Kemudian pada Gradient Option, pilih
jenis gradient yang dikehendaki.
6.
Dengan menggunakan tetikus tarik Ddari penjuru
kanan ke bawah untuk mengaplikasikan latar belakang gradient.
7.
Setelah selesai, simpan fail tersebut.
Penggunaan Teknik Filter
1.
Klik pada layer yang hendak dimasukkan kesan
khas.
2.
Klik kanan pada imej, pilih Filter > Artistic > Cartoon. Kotak dialog bagi kesan khas Cartoon
akan dipaparkan. Penanda pada Mask radius dan Percent black boleh diubah
mengikut kesesuaian. Kemudian klik butang OK
untuk mengaplikasikan kesan khas tersebut.
3.
Hasil keseluruhan dipaparkan.
4.
Setelah selesai, simpan fail tersebut.




