sparkling cursor

Tuesday, September 11, 2018

CHAPTER 14: PENYUNTINGAN GAMBAR



Penyuntingan Gambar Menggunakan GIMP

Perisian GIMP merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License(GPL). Perisian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai sistem operasi seperti Window, Linux, Apple dan Fedora. Perisian ini mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian percuma atau perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan sepwrti mengubah suai foto, memanipulasi imej, dan membentuk imej. Hasil akhir boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail.

Memulakan perisian GIMP

Perisian ini boleh dimulakan dengan klik pada butang Start > All Programs > GIMP
     1.       Main Toolbox
Sekiranya hendak menambah item peralatan, klik pada Edit > Preferences > Toolbox dan buat pilihan item yang hendak digunakan.
     2.       Tool Options
     3.       Image Window
     4.       Layer, Channels, Paths
Menunjukkan struktur layer bagi sesuatu imej yang sedang aktif dan membenarkan imej tersebut dimanipulasi oleh pelbagai teknik.
     5.       Brushes, Patterns, Gradients

Fungsi Setiap Ikon Toolbox





Asas Penyuntingan Imej

    1.       Klik pada menu File > Open untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan.
    2.       Tetingkap “Open Imej” akan dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik Open
    3.       Gambar dipilih akan dipaparkan
    4.       Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.
    5.       Setelah selesai, tekan Enter pada papan kekunci.
    6.       Klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin imej yang telah dililih.
    7.       Klik pada menu File > New. Pilih ikon bentuk landscape supaya imej yang hendak disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian, klik OK.
    8.       Sebelum anda menampal imej yang disalin, pastikan anda telah menambah layer baharu. Kemudian klik pada menu Edit > Paste.
    9.       Pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz imej ikut kesesuaian. Kemudian tekan butang Scale.
   10.   Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool yang ada dalam Toolbox.
   11.   Setelah selesai, klik pada menu File > Save As > letakkan nama fail tersebut dalam format .xcf

Contohnya, Haiwan.xcf. Format .xcf membolehkan imej tersebut boleh diedit dan disunting semula.

Memasukkan latar belakang

Teknik yang boleh digunakan untuk meletakkan latar belakang ialah menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill.
1.       Buka semula fail Haiwan.xcf dengan klik pada menu File > Open dan pilih fail Haiwan.xcf > Open.
2.       Sebelum memasukkan latar belakang menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill, pastikan layer background dipilih terlebih dahulu.
3.       Pilih Bucket Fill Tool dalam Toolbox. Pastikan klik FG color Fill pada bahagian Fill Type. Kemudian, klik Foreground & Background Color dalam Toolbox, tetingkap untuk memilih warna akan dipaparkan. Pilih warna yang dikehendaki dengan menggerakkan penanda warna dan klik OK.
4.       Tuangkan warna yang telah dipilih dengan cara klik ke atas latar belakang pada tetingkap imej.
5.       Sekiranya hendak menggunakan teknik Gradient Fill, pilih Blend Tool dalam Toolbox . Kemudian pada Gradient Option, pilih jenis gradient yang dikehendaki.
6.       Dengan menggunakan tetikus tarik Ddari penjuru kanan ke bawah untuk mengaplikasikan latar belakang gradient.
7.       Setelah selesai, simpan fail tersebut.

Penggunaan Teknik Filter

     1.       Klik pada layer yang hendak dimasukkan kesan khas.
     2.       Klik kanan pada imej, pilih Filter > Artistic > Cartoon. Kotak dialog bagi kesan khas Cartoon akan dipaparkan. Penanda pada Mask radius dan Percent black boleh diubah mengikut kesesuaian. Kemudian klik butang OK untuk mengaplikasikan kesan khas tersebut.
     3.       Hasil keseluruhan dipaparkan.
     4.       Setelah selesai, simpan fail tersebut.

No comments:

Post a Comment

CHAPTER 14: PENYUNTINGAN GAMBAR

Penyuntingan Gambar Menggunakan GIMP Perisian GIMP merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melal...